28 Oktober 2016 - 04:10
Angkatan Bersenjata Yaman Sasarkan Peluru Berpandu Ke Atas Lapangan Terbang Jeddah.

Pasukan tentera Yaman dan para pejuang daripada Jawatankuasa Popular dilaporkan telah melancarkan sebuah peluru berpandu yang dibina sendiri oleh negara itu ke atas sasaran yang terletak jauh di dalam sempadan Arab Saudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan tentera Yaman dan para pejuang daripada Jawatankuasa Popular dilaporkan telah melancarkan sebuah peluru berpandu yang dibina sendiri oleh negara itu ke atas sasaran yang terletak jauh di dalam sempadan Arab Saudi.

Tentera Yaman dan sekutu mereka telah melancarkan peluru berpandu Borkan-1 (Gunung berapi) ke arah lapangan terbang antarabangsa Raja Abdulaziz yang terletak 19 kilometer dari bandar Jeddah. Laporan itu dibuat oleh rangkain televisyen al-Masirah.

Sebuah sumber daripada pihak tentera telah mengatakan kepada agensi berita Saba bahawa peluru yang mempunyai kepanjangan sebanyak 12.5 meter itu telah mengenai sasaran dan mennyebabkan kerosakan yang teruk di lapangan terbang itu.

Media massa Saudi walaubagaimanapun menyangkal berita itu dengan mendakwa bahawa peluru tersebut telah dipintas dan dimusnahkan sebelum tiba ke sasaran.

Peluru itu dikatakan telah dilancarkan pada jam 9.00 malam hari Khamis dari sebuah kawasan pergunungan yang terletak di Sa'ada.